Friday 20 April 2012

BISIKKAN CINTA.

.

Ketika sedang pasangan suami isteri menonton TV, tetiba isteri bertanya kepada suaminya dgn kasih sayang..
Isteri- Cantikkan personal TV tu.. suka tengok ..cantik je.. hmm.... awak.. awak.. rasa isteri awak cantik tak...

Suami- hmm..hmm.. hmmm...

Isteri- Tulah orang lelaki.. bila suruh puji je teragak- agak, tapi bila isteri selekeh je.. mula nak perli itu, perli ini 

Suami- saya tak jawap lagi pun, itulah orang perempuan, cepat sangat terasa hati kan.. 

Isteri- Yelah nak terasa hati pada siapa lagi.. pada suami la.. suami yang hati kering.. 

Suami- orang lelaki diam bukan dia malas nak cakap.. tapi dia berfikir setiap inci kebenaran.. 

Isteri- Minta puji isteri pun nak kena fikir ke? isk ( isteri seolah hampir merajuk) 

Suami- yelah.. haruslah berfikir.. hmm..hmm... 

Isteri- okey lah.. kalau susah sangat awak nak bagi jawapan.. saya bagi awak antara 1-5 bintang berapa awak nak beri kan kepada saya 

Si suami membilang jari- jarinya.. 

Isteri- haa.. tengok... dah bagi senang pun susah nak bagi jawapan.. yelah..siapa la kita ni kan..

Suami- awak isteri saya lah... 

 Isteri- isteri awak cantik tak, pada pandangan awak.. isk.. tak mahu la kawan macam ni... 

Suami- alolololo... saya tengah kira.. Isteri- lamanya.... 1 sampai 5 je.. takkan itu pun awak susah nak kira...cakap la berapa bintang.. 

Suami- cantik isteri saya... 1 bintang,..2 bintang..3 bintang...... 

Isteri- sikitnya bintang... 

suami- saya belum habis kira lagi... 

 Isteri- belum habis lagi?? 

Suami- saya bagi seluas bintang di angkasa.. banyakkan... macamane saya nak kira... terlampau banyak... 

Isteri- huh...(Y_Y) terima kasih awak... saya fikir saya tak cukup cantik utk awak.. 

Suami- kalau awak tak cantik, tak mungkin hati saya terpaut... kalau awak tak baik... tak mungkin cinta berputik.. kalau awak bukan anugerah Allah.. tak mungkin awak menjadi isteri saya.. 

 Isteri menarik dan mengucupi tangan suaminya sambil berkata... 

 Isteri- Maafkan saya ya abang... kadang- kadang timbul perasaan cemburu pada kehidupan dari insan lain, yang membuat saya curiga pada pandangan awak terhadap saya, saya tak mahu awak tertarik pada perempuan lain, saya tak mahu awak membandingkan saya dengan isteri- Isteri orang lain, saya tak mahu hati awak menolak kelemahan saya, saya isteri yang tidak sempurna, tapi dalam saya berusaha untuk dilihat sempurna dimata abang, saya juga perlu sempurna pada pandangan Tuhan.. maafkan saya.. kelemahan itu sememangnya milik jiwa saya sendiri.. 

Suami- kecantikan isteri itulah penawar bagi hati suami.. memandang isteri hilang segala kepenatan seharian bekerja, tapi cantik itu bukan terletak pada rupa.. tapi akhlak baik seorang isteri yang mampu memuliakan jiwa seorang suami, Bersyukur abang ada isteri yang memahami, menerima dan lebih banyak memberi tak pula meminta-minta, itulah kebahagiaan yang abang rasakan sepanjang hidup berumahtangga.. 

Isteri- Apa lagi yang hendak diminta... cukuplah punya suami yang baik, mengingati Allah, sanggup menepis ego hanya kerana kebahagiaan dan menerima kelemahan dan bersama memperbaiki diri..itu sudah cukup mendamaikan jiwa dan seribu satu rahmat buat isteri... 

Suami- Alhamdullilah... 

 Isteri- Alhamdullilah..

 ketika si isteri memgengam erat jari jemari suami... hati isteri berbisik " aduhai suami... maafkan saya kerana seolah meminta- minta awak memuji saya, hakikatnya saya bukan mahu di puji.. tapi hanya mahukan perhatian dari seorang suami.. cinta itu tidak mudah sayang.. andai kita hanya berdiam.. perlu diantara kita mencetuskan perbualan, agar setiap nafas cinta dapat diperbaharukan pada setiap pandangan dan perbincangan.. perasaan sayang perlu ada pada perfahaman, agar setiap sentuhan mengembalikan getaran dan getaran itu menghasilkan bisikkan AKU CINTA PADAMU SAYANG...

Pernikahan x mudah seperti yg disangka ..

Thursday 19 April 2012

~Cuma Seketika~



Airmata kali ini mengalir lagi …
Bukan sengaja utk tidak ku seka sendiri ..
Tapi perasaan terlalu sebak buatkan aku begini …
Sehingga ku pendam luka dalam senyuman berseri ….

Aku masih ingat tatkala ubun2ku diusap sang guru ..
Sambil berbisik “sabarlah duhai anakku “
Seketika Allah menguji hatimu , itu tanda Dia rindu ..
Seketika Allah membahagiakanmu,itu tanda Dia restu ..
Jadikan hati itu setabah hati idolamu ..
Sang Rasul kekasihNya tatkala baginda diuji Rabbmu …



Aduhai hati yg sepi …
Betapa rindu itu mencengkam dalam hati …
Sebaik saja dia melangkah pergi …

 Aduhai hati yg lara …
Betapa hati ini kecewa ..
Sebaik saja lafaz perpisahan meniti bicara ….

Aduhai hati yg degil …
Betapa jiwa ini menggigil …
Bila Allah mula memanggil …

Allah memberi aku ganti ..
Kerana hadirnya kamu twin …
Bila mana kaki ini keras x bergerak …
Kamu mengingatkan aku kepadaNya ..
Lalu kaki ini mula bertapak selangkah ..

Jika kamu tahu penderitaan yg ku pendam..
Lantaran cinta dalam diam …
Kerana hubungan kami masih haram …
Lalu semuanya berbatas mendalam ...

Betapa kesakitan itu mengajar aku setia ..
Ssetia Hadrat Fatimah buat kekasihnya …
Sehingga dalam doa dipanjatkan hajatnya..
Sampailah waktu Allah satukan keduanya ,,,

Tapi aku??
Aku cuma pendosa yg hina ..
Terkadang aku ingat terkadang aku alpa ..
Lalu bagaimana Allah mahu menerima ..
Dosaku yg lepas masih belum cukup utk disita ….

Sebolehnya aku mahu tersenyum sentiasa ..
Sebolehnya aku mahu menguatkan mereka …
Sebolehnya aku mahu melupakan segalanya …
Namun,aku akui hakikat penantian suatu penyeksaan …
Aku akui hakikat fitrah menjadi fitnah …
Aku akui hakikat cinta x bisa memiliki ….

Ya Allah,berikan aku sedikit kekuatan ..
Berikan aku sedikit ruang utk bernafas gembira ..
Berikan aku sedikit ketabahan utk melangkah laju ..

Ya Allah,hanya Alhamdulillah yg dapat kuungkapkan..
Buat teman setia yg kau hadiahkan …
Buat “kakak dan adik” yg kau hadirkan …

Terima kasih kerana hadir ..
Terima kasih kerana setia mendampingiku …
Terima kasih kerana menolak aku ..
Terima kasih kerana bukan setakat disisiku..
Tp di belakangku ,…

Doakan aku sentiasa terus dalam kekuatan yg pnjang..
Doakan aku terus dalam kesyukran yg terbukti ..
Doakan terbalasnya penantian ini ..
Supaya hati ini terubat kembali ….

*Puteri Alya*