Sunday 22 April 2012

Andainya itu yg berlaku


Hidup ini  memerlukan banyak pilihan ..
Terkadang pilihan itu menyakitkan ..
Tapi,sebagai yg punya hati dan perasaan ..
Adakalanya kita terpaksa utk berkorban ...

Hari ini ,
Adalah kenyataan..
Semalam adalah kenangan..
Dan esok bermulanya masa depan ...

Masa laluku dipenuhi cabaran ...
Barangkali aku boleh bertahan ..
Tapi aku mahu berseorangan ..
Menanggung semua bebanan ...

Jadi,
Maafkan aku kiranya suatu hari nanti ...
Aku pergi tanpa sempat meninggalkan pesan buatmu ...
Bukan kerana aku membenci ..
Tapi aku tidak mahu kau disakiti..
oleh hati yg x dapat ku bendung sendiri ..


 Andainya boleh diberi pilihan
yg pasti akan ditunaikan ..
Aku tidak mahu mengenalimu..
sehingga kau terpaksa merasai deritaku ...
Mgkin bibir melafazkan bahagia ..
hanya kerana ingin melihat kau ketawa ...
juga berusaha utk buat hatiku gembira ..
Namun,
fikiran,jiwa semestinya perasaan
x mgkin seiring dgn apa yg aku zahirkan ...


Sahabat ..,
doakan aku bila aku di perantauan perasaan ...
aku ingin kembali di lorong hembusan syurga
yg bertasbih dgn namaNya ..
aku sedang berusaha ..
walaupun aku tidak pasti apa aku menang atau tidak...
cuma aku bersedia utk menerima kekalahan yg tiba-tiba ...

Sahabat ..,
perhubungan ini tidak ada erti pengkhianatan..
Walaupun aku seringkali mencemburuimu..
Walaupun aku seringkali tewas dengan kelemahanmu ...
tewas dengan ketabahanku ...
Walaupun seringkali aku jatuh dengan tawaku sendiri ...
tapi hubungan ini jujur ..
penuh kejujuran ...


Sahabat,,
coretan ini cuma kekacauan ,
yg berada dibenakku ...
Hanya ingin aku melakar ukiran ,
bahawa kelak aku pasti kehilanganmu ,,,
Dan jika ini benar-benar terjadi,
sampaikan salam ku buat "wildan"ku..
Jika dia mencariku ..
khabarkan tentang deritaku ,,
agar dy pergi dgn bahagia ...
mgkin hati ini terlalu kuat mengikatnya sehingga dia tidak mampu berlari jauh ...
makanya aku buka ikatan hati ini,
agar dia bebas mencari jalannya ..
dan sampaikan salam penantianku padanya ..
Terima Kasih ,Sahabat ...

  
Fatihah ... semoga nama itu termaktub dalam hati seperti ia nya termaktub abadi dalam kitab suci ....