Thursday, 19 April 2012

~Cuma Seketika~



Airmata kali ini mengalir lagi …
Bukan sengaja utk tidak ku seka sendiri ..
Tapi perasaan terlalu sebak buatkan aku begini …
Sehingga ku pendam luka dalam senyuman berseri ….

Aku masih ingat tatkala ubun2ku diusap sang guru ..
Sambil berbisik “sabarlah duhai anakku “
Seketika Allah menguji hatimu , itu tanda Dia rindu ..
Seketika Allah membahagiakanmu,itu tanda Dia restu ..
Jadikan hati itu setabah hati idolamu ..
Sang Rasul kekasihNya tatkala baginda diuji Rabbmu …



Aduhai hati yg sepi …
Betapa rindu itu mencengkam dalam hati …
Sebaik saja dia melangkah pergi …

 Aduhai hati yg lara …
Betapa hati ini kecewa ..
Sebaik saja lafaz perpisahan meniti bicara ….

Aduhai hati yg degil …
Betapa jiwa ini menggigil …
Bila Allah mula memanggil …

Allah memberi aku ganti ..
Kerana hadirnya kamu twin …
Bila mana kaki ini keras x bergerak …
Kamu mengingatkan aku kepadaNya ..
Lalu kaki ini mula bertapak selangkah ..

Jika kamu tahu penderitaan yg ku pendam..
Lantaran cinta dalam diam …
Kerana hubungan kami masih haram …
Lalu semuanya berbatas mendalam ...

Betapa kesakitan itu mengajar aku setia ..
Ssetia Hadrat Fatimah buat kekasihnya …
Sehingga dalam doa dipanjatkan hajatnya..
Sampailah waktu Allah satukan keduanya ,,,

Tapi aku??
Aku cuma pendosa yg hina ..
Terkadang aku ingat terkadang aku alpa ..
Lalu bagaimana Allah mahu menerima ..
Dosaku yg lepas masih belum cukup utk disita ….

Sebolehnya aku mahu tersenyum sentiasa ..
Sebolehnya aku mahu menguatkan mereka …
Sebolehnya aku mahu melupakan segalanya …
Namun,aku akui hakikat penantian suatu penyeksaan …
Aku akui hakikat fitrah menjadi fitnah …
Aku akui hakikat cinta x bisa memiliki ….

Ya Allah,berikan aku sedikit kekuatan ..
Berikan aku sedikit ruang utk bernafas gembira ..
Berikan aku sedikit ketabahan utk melangkah laju ..

Ya Allah,hanya Alhamdulillah yg dapat kuungkapkan..
Buat teman setia yg kau hadiahkan …
Buat “kakak dan adik” yg kau hadirkan …

Terima kasih kerana hadir ..
Terima kasih kerana setia mendampingiku …
Terima kasih kerana menolak aku ..
Terima kasih kerana bukan setakat disisiku..
Tp di belakangku ,…

Doakan aku sentiasa terus dalam kekuatan yg pnjang..
Doakan aku terus dalam kesyukran yg terbukti ..
Doakan terbalasnya penantian ini ..
Supaya hati ini terubat kembali ….

*Puteri Alya*

No comments:

Post a Comment