Monday, 20 June 2011

Aku...

      aku..........
     mengapa selalu alpa akan suatu masa..
     suatu ketika suatu detik tak terundang pasti datang............
    janji Allah Maha benar walau nun di samudera raya
     walau nun di langit tinggi 
    walau di kamar sepi walau di kamar besi
    apakah bekalan yang kubawa......
     mungkin harta tidak terbilang
     mungkin ilmu sayup mata memandang
     mungkin jua............ 
    sebuah rumah setinggan sebuah basikal usang
     jua mungkin debu-debu berterbangan ..
    .semua hanya kenangan
     semua hanya bayangan
     tiada mengikut......
    walhal ditanya haknya tiada bersama.......
    walhal ditanya mana zakatnya tiada di sisi.......
    walhal ditanya mana syukurnya
    mungkin....... bahagiakan pada yang fakir 
    gembirakah pada yang miskin
     dukakah pada yang kaya 
    gulanakah pada yang raya
     siapakah yang mahu pastikan???????
     semua belum pasti hanya Allah yang Maha Mengetahui 
    yang ku tahu...
     bahagialah mukmin bertaqwa,
     sukalah para syuhada,
     megahlah para kekasih megahlah para wali,
    aku........??
     apakah nasib akhirku ?
    bagaimana kuburku?
     bagaimana bangkitku?
     bagaimana mahsyarku ?
    bagaimana mizanku bagaimana sirat ku............??
    Aku masih kelu....

2 comments: