Tuesday, 21 June 2011

sepi

Ku tangisi sebuah kesepian kerana disitu air mana sering bergenang...
tubir mata ini membengkak kerana jiwa tergores dek bedilan negatif
fikiranku menerawang jauh ke pulau buangan sempadan hati dan perasaan
akhirnya aku merangkak hiba setelah berenang lesu ke seberang kasih...
namun tidak sampai... tidak juga berhenti dan nafas tercungap-cungap
semua ini akibat lelah ... akibat sengketa antara mereka dan aku...
dan aku tersepit dicelah-celahnya... mati aku... matilah nafasku
mati juga fikiranku...

patah demi patah herdikan... satu demi satu dicari salahku
dan aku bagaikan dibakar api, mereka mahu melihat aku mati
mereka suka, mereka gelak dan mereka menanti aku pergi....

Ya Tuhan... berikanlah aku jalan, tunjukkan aku di mana bahagia...
berikanlah aku sekelumit bahagia agar aku merasakan aku ini berguna,
berguna di sisi-Mu....

Ya Allah... bisakah aku tahu bilakah semua ini akan berakhir? Mustahil kan?
Ya Allah... alamatkan aku khabar gembira bukannya derita seperti yang ku tanggung ini... :((

No comments:

Post a Comment